Like This Yo...

Rabu, 20 Mei 2009

Teori Morfologi

MINGGU 11
 
 
 
 
 

2  

MORFOLOGI 
  Morfologi berasal daripada bahasa Greek, iaitu :
 

  morf = bentuk

  logos = ilmu  
  Ilmu yang mengkaji soal yang berhubung dengan :
 

  - selok belok bentuk kata

  - kemungkinan adanya perubahan golongan kata

  ( fungsi gramatik )

  - kemungkinan perubahan makna kata akibat daripada

  perubahan bentuk kata ( fungsi semantik )
 
 
 
 
 

3  

MORFOLOGI DAN LEKSIKOLOGI 

Morfologi

( morphology) 

Mengkaji struktur, bentuk dan golongan 

kata dan makna yang wujud akibat 

peristiwa gramatis. 

Contoh : 

Runcing (KA)

Keruncingan (KN)

Meruncingi (KKT)

Meruncingkan (KKT)  

Leksikologi

( lexicology ) 

Mengkaji dan menganalisis kosa kata 

serta makna dan evolusinya. 
 

Contoh : 

Runcing : berhujung tajam

Keruncingan : perihal runcing

Meruncingi : meraut

Meruncingkan : membuat jadi runcing
 
 
 
 
 

4  

Contoh lain  

Bermasak : yang sudah masak

Bermasak-masak : sedang memasak lauk-pauk

Bermasakan / bermasak-masakkan : sedang masak ( buah-buahan )

Memasak / mempermasakkan : mengolah makanan supaya masak

Memasak-masak : membuat pelabagai kuih

Masak-memasak : hal / urusan memasak makanan

Memasakkan : memasak untuk orang lain atau menjadi masak

Masakan : apa-apa yang dimasak

Pemasak : orang yang memasak

Pemasakan : hal memasak

Semasak : selama masa yang perlu 
 
 
 
 
 

5  

MORFOLOGI DAN ETIMOLOGI 

MORFOLOGI 

ETIMILOGI 

Menyelidik peristiwa / kejadian 

umum yang dapat dikatakan 

sebagai sistem bahasa. 

Contoh : 

melupakan-dilupakan

melupai-dilupai

memberi-diberi

memberi-diberikan

kata-mengatakan

nyata-menyatakan 
 
 
 
 
 

Mengkaji / menyelidik asal usul

sesuatu kata secara khusus. 
 

Contoh : 

kena-berkenan

lupa-alpa

lekuk-keluk

cilik-kecil

saya-sahaya

psikologi

wisma
 
 
 
 
 

6  

MORFOLOGI DAN SINTAKSIS 

MORFOLOGI 

SINTAKSIS 

Mengkaji morfem dan kata 

Contoh :

Aminah akan mengadakan 

Perjalanan jauh. 

Aminah : satu morfem

akan : satu morfem

mengadakan : tiga morfem

  meN-

  ada 

  kan

perjalanan : dua morfem

  per….an

  jalan

jauh : satu morfem 

unsur ke…an dengan

tidak adil, tidak mampu, tidak serasi… 

Mengkaji frasa, klausa, ayat

dan wacana. 

Contoh :

Aminah akan mengadakan

perjalanan jauh. 

Aminah : subjek

akan mengadakan : predikat

perjalanan jauh : frasa objek 

Hubungan kata tidak dengan 

adil

mampu

serasi

cukup 
 
 
 
 
 
 
 

7  

MORFOLOGI  

FOKUS KAJIAN 

STRUKTUR KATA

Susunan bunyi ujaran / tulisan yang menjadi unit bahasa yang bermakna 

BENTUK KATA 

Rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau terbitan daripada

proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan 

PENGGOLONGAN KATA

Penjenisan kata berasaskan persamaan bentuk / rupa dan fungsi / peranan

dengan anggota lain dalam golongan yang sama
 
 
 
 
 

8  

MORFEM 
Unit tatabahasa / bentuk yang paling kecil
 
Bentuk yang bermakna leksikal atau fungsian
 
Tiada bentuk lain sebagai unsurnya
 

ditendang 

di + tendang ialah morfem kerana tiada lagi bentuk lain yang 

lebih kecil daripada bentuk di dan tendang
 
 
 
 
 

9  

ALOMORF 

meN + 

baja membaja 

tadbir mentadbir 

asas mengasas 

langgar melanggar 

had mengehad 
  meN ialah morfem. Apabila meN ini hadir dengan bentuk

  lain ( morfem bebas), maka perubahan bentuk terjadi akibat

  kehadiran fonem awal yang dilekatinya.
 
 
 
 
 

10  
 Makna morfem ini tetap, walaupun bentuknya berubah, iaitu 

  melakukan pekerjaan seperti makna kata dasar. 
 
 Oleh itu, bentuk me, men, mem, meng dan menge merupakan 

  anggota meN. Anggota morfem seperti ini disebut alomorf, dan 

  setiap unsur itu disebut morf. 
 
 Alomorf ( allomorph ) ialah kelainan yang tidak distingtif yang 

  merupakan anggota daripada satu morfem. 
 
 Distingtif ialah sifat pembeda ciri sesuatu unit linguistik yang 

  membedakan satu unit linguistik dengan unit linguistik yang lain. 
 
 
 
 
 

11  

CARA MENGENAL MORFEM 
  Morfem dapat dikenali melalui prinsip tertentu
 
 Salah satu prinsip yang popular ialah analisis konstituen terdekat, analisis unsur langsung atau IC ( Immediate Constituent ), iaitu :
 

Unsur yang secara langsung dapat membentuk suatu bentuk yang lebih besar 
 
 
 
 
 

12  
 Caranya, mencari bentuk yang satu tingkat lebih kecil daripadabentuk yang dianalisis, berasaskan penggunaannya oleh penutur jati bahasa itu.
 
 Misalnya bentuk kepanasan. Berasaskan paradigma, kita dapat

  tentukan bahawa bentuk dasarnya ialah panas. Jika kita gunakan kaedah mencari, mungkin kita memperoleh bentuk satu tingkat lebih kecil, iaitu kepanas atau panasan. 
 Oleh sebab bentuk ini tidak digunakan oleh penutur jati bahasa 

  Melayu, maka bentuk ini sewajarnya ditolak. Bentuk yang lebih 

  wajar ialah panas.
 
 
 
 
 

13  
 Cara pembentukannya dapat digambarkan seperti berikut :
 

ke 

panas 

an 

kepanasan 
 Bentuk kepanasan mengandung dua morfem, iaitu ke….an 

  dan panas 

men 

jalan 

kan 

menjalankan 
 
 
 
 
 

14  

JENIS MORFEM 

Morfem Bebas 

Morfem yang boleh berdiri sendiri sebagai satu kata, dan mempunyai makna 

yang tersendiri, serta berfungsi dalam ujaran. Bentuk ini tidak memerlukan 

kata lain. Contoh : 

ikan, meja, baju, kertas, manusia, jalan 

Morfem Terikat  

Morfem yang tidak boleh berdiri sendiri sebagai kata, dan hanya wujud

sebagai imbuhan yang digabungkan dengan morfem lain untuk membentuk

kata yang berfungsi dalam ujaran. Contoh : 

ber + jalan = berjalan

tulis + kan = tuliskan

ke + tulang + an = ketulangan
 
 
 
 
 

15  

Morfem Dasar 

Morfem berfungsi sebagai dasar untuk membentuk morfem yang lebih besar, 

iaitu kata terbitan. Contoh:  

ber + buru = berburu

buru ialah morfem dasar untuk kata berburu  

ke + adil + an = keadilan 

adil ialah morfem dasar untuk kata keadilan  
 

Morfem Kecuali  

Morfem yang kehadirannya tidak menjejaskan morfem dasar yang dilekatinya.

Contoh:  

mem + berangkat + kan 

berangkat + kan 

berangkat 

Morfem mem dan kan ialah morfem kecuali 
 
 
 
 
 

16  

Morfem Wajib 

Morfem yang perlu dilekatkan morfem lain untuk membolehkannya berfungsi dalam ujaran. Contoh : 

juang daya juang

  berjuang

  memperjuangkan

  perjuangan 

temu temu duga

  janji temu

  temu janji

  bertemu

  menemukan

  menemui 

kesejukan kesejuk

  sejukan 

ke dan an tidak berfungsi jika salah satunya tiada  
 
 
 
 
 

17  

Morfem Tidak Wajib 

Morfem yang tanpa kehadirannya, morfem lain masih boleh berfungsi 

dalam ujaran. Contoh :

 

di dimakan 

Morfem Tertutup 

Morfem yang tidak menerima morfem lain untuk membentuk kata yang 

berfungsi dalam ujaran. Contoh :  

yang

dan

bahawa

berkepemimpinan

berkesudahan 
 
 
 
 
 

18  

Morfem Terbuka 

Morfem yang masih memungkinkan morfem lain untuk melekat pada morfem itu, dan dapat menerbitkan makna lain. Contoh : 

kesudahan > berkesudahan 

pemimpin > kepemimpinan

banyak > kebanyakan 

bersih > kebersihan

indah > keindahan

  > memperindah 

Morfem Unik  

Morfem yang kehadirannya terhad pada morfem tertentu sahaja. Contoh : 

kering kontang

pucat lesi

merah menjahang 

hitam legam 

Kontang, lesi, menjahang dan legam tidak dapat digabungkan dengan

unsur lain.
 
 
 
 
 

19  

Morfem Intonasi 

Pola intonasi yang membedakan pelbagai jenis ujaran. Contohnya 

intonasi menaik dalam ayat tanya tanpa kata tanya. Contoh :  

Sudah bertunang ?

Anda hendak makan ? 

Morfem Terbahagi 

ke + ada + an > keadaan

mem + besar > membesar

mem + besar + kan > membesarkan

mem+ per + besar > memperbesar

pe + pimpin > pemimpin 

ke + pe + pimpin + an > kepemimpinan

meng + ubah > mengubah

ubah + kan > mengubahkan 

me + tunjuk +kan > menunjukkan  
 
 
 
 
 

20  

Morfem Kosong  

Morfem yang berubah fungsi tatabahasa dengan tidak mengubah bentuk.

Contoh : 

deer deer = rusa

sheep sheep = kambing biri-biri

saudara saudara  

Deer dan sheep tunggal atau jamak sama sahaja. Begitu juga saudara 

yang bermaksud tunggal dengan saudara yang bermaksud jamak. 

Morfem Tunggal: morfem yang rediri daripada satu morfem. Contoh: 

duduk, bangun, makan, minum, jatuh 

Morfem Kompleks  

Morfem yang terdiri daripada dua morfem atau lebih. Contoh : 

temu duga, perjalanan, ketua polis negara
 
 
 
 
 

21  

  IMBUHAN  
Unit/unsur tertentu (morfem terikat) yang ditambah/dilekatkan pada 

  unsur/bentuk lain, sama ada bentuk dasar atau bentuk akar kata untuk 

  mewujudkan satu kata lain, yang berfungsi dalam ujaran, serta 

  mengakibatkan perubahan makna ketatabahasaan kata baharu yang

  terhasil itu. 
Jenis imbuhan dapat diasaskan kepada tiga kriteria, iaitu: posisi, 

  keproduktifan, asal. 
Berasaskan posisi, imbuhan dapat dibahagikan kepada lima, iaitu :

  awalan, akhiran, sisipan, apitan, dan gabungan. 
 
 
 
 
 
 

22  
Awalan ialah imbuhan yang diletakkan di awal kata akar atau kata dasar 

  untuk membentuk kata.  

ber + tambah > bertambah

ter + senyum > tersenyum

mem + bantu > membantu

pe + laksana > pelaksana

per + sada > persada 
Akhiran ialah imbuhan yang diletakkan di akhir kata akar atau kata dasar 

  untuk membentuk kata yang berfungsi dalam ujaran. Contoh : 

lari + an > larian

gemar + i > gemari

sejuk + kan > sejukkan

butir + an > butiran

awas + i > awasi

mandi + kan > mandikan 
 
 
 
 
 

23  
Sisipan ialah imbuhan yang diletakkan di tengah kata akar atau kata dasar ( morfem dasar yang dimulai konsonan ) untuk membentuk kata yang berfungsi dalam ujaran. Contoh :
 

er + gigi > gerigi

em + guruh > gemuruh

el + gegar > gelegar

in + sambung > berkesinambungan 
Apitan ialah imbuhan yang terdiri daripada gabungan serentak awalan dan akhiran untuk mengiringi kata akar atau kata dasar ( pengimbuhan serentak ) untuk membentuk kata yang berfungsi dalam ujaran. Contoh :
 

ke + aib + an > keaiban

pe + laksana + an > pelaksanaan

me + tunjuk + kan > menunjukkan 

me + wujud + kan > mewujudkan

ke + silap + an > kesilapan
 
 
 
 
 

24  
Gabungan ialah imbuhan yang terdiri daripada dua atau lebih imbuhan 

  yang tidak perlu hadir serentak untuk membentuk kata yang berfungsi 

  dalam ujaran. Contoh: 

mem + per + lebar > memperlebar

mem + per + indah > memperindah

di + per + luas > diperluas 
Berasaskan keproduktifan, imbuhan dilihat dari sudut produktif dan 

  nonproduktif. Imbuhan produktif ialah imbuhan yang mempunyai 

  keupayaan untuk dilekatkan pada morfem lain untuk membentuk kata

  yang berfungsi dalam ujaran. 

meN me + ledak > meledak, men + ternak > menternak

  mem + bawa > membawa, meng + galas > menggalas,

  menge + ram > mengeram 

di di + jual > dijual, di + guna + kan > digunakan. 

an lapis + an > lapisan, suku + an > sukuan.  
 
 
 
 
 

25  
Imbuhan nonproduktif ialah imbuhan yang tidak berkeupayaan untuk

  dilekatkan pada morfem lain. Contoh : 

el + tunjuk > telunjuk, em + gilang > gemilang, er + gigi > gerigi 
Berdasarkan asalnya, imbuhan dapat dibahagikan kepada dua, iaitu 

  imbuhan asli dan imbuhan pinjaman. 
Imbuhan asli ( jati ) ialah imbuhan yang berasal daripada bahasa ibunda 

  penutur. Contoh dalam bahasa Melayu ialah : 
 

ber + rantai > berantai

me + nanti > menanti

ter + cinta > tercinta

per + tapa > pertapa

pe + laris > pelaris

di + sunting > disunting

hangat + kan > hangatkan

akhir + i > akhiri

ed + gebuk > gedebuk

ke + gelap + an > kegelapan
 
 
 
 
 

26  
Imbuhan asing ialah imbuhan yang belum berupaya keluar daripada

  lingkungan bahasa imbuhan itu. Contoh :  

hadir + in > hadirin, hadir + at > hadirat, muslim + in > muslimin,

muslim + at > muslimat, ustaz + ah > ustazah 
Imbuhan serapan ialah imbuhan yang berasal daripada bahasa lain 

  ( yang bukan bahasa penutur ) tetapi imbuhan ini sudah dianggap sebati

  dengan bahasa penutur, iaitu imbuhan ini sudah berupaya keluar daripada

  lingkungan bahasa asal. 

budaya + wan > budayawan

seni + man > seniman

karya + wan > karyawan

seni + wati > seniwati

harta + wan > hartawan 

derma + wan > dermawan
 
 
 
 
 

27  

  KATA  
Kata mempunyai ciri yang berikut:
 
Satuan bebas yang paling kecil
Dua satuan bebas, iaitu satuan fonologi dan satuan gramatis
Mempunyai makna lengkap
Dapat berdiri sendiri dalam ayat
 
Satuan fonologi bermaksud kata terdiri daripada satu atau beberapa suku

  kata, dan suku kata itu sendiri terdiri daripada satu atau beberapa fonem 

  yang wujud sebagai unsur atau konstituen dalam ayat. Contoh : 

ber + ma + lam > 3 suku kata

ber > 3 fonem /b/, /e/, /r/

ma > 2 fonem /m/, /a/

lam > 3 fonem /i/, /a/, /m/ 

bermalam > 8 fonem
 
 
 
 
 

28  
Satuan gramatis bermaksud kata terdiri daripada satu atau beberapa

  morfem yang wujud sebagai unsur atau konstituen dalam ayat. Contoh : 

bermalam > 2 morfem

  ber + malam

kemalaman > 2 morfem

  ke…an + malam

berkepemimpinan > 4 morfem 

  ber, ke….an, pe + pimpin 
Satuan fonologi dan satuan gramatis ini menunjukkan bahawa definisi

  kata berdasarkan kriteria : 
  makna
  fonologi ( tanda sebagai gabungan arbitrari antara representasi 

  fonologi yang utuh dan distingtif dengan makna )

- fungsi sebagai unsur minimum yang bebas
 
 
 
 
 

29  
Pokok kata bermaksud satuan yang tidak dapat berdiri dalam ujaran 

  biasa, dan secara gramatis tidak bersifat bebas. 
Satuan ini tidak termasuk dalam golongan imbuhan kerana satuan ini

  mempunyai sifat tersendiri, dan dapat dijadikan bentuk dasar. Contoh : 

temu > bertemu

juang > pejuang, berjuang

tawa > ketawa

ambil > ambilan, mengambil

main > bermain, mainan

jabat > jabatan, pejabat

baca > membaca, bacaan

sandar > penyandar, bersandar

alir > aliran 
 
 
 
 
 

30  
Berikut ialah contoh kata satuan bebas :
 

kertas, baju, mentah, nasi, jagung, kenegaraan, warganegara,  

tanggungjawab, tamadun, ketidakadilan, kebahagiaan, kesedihan,


kesepakatan, berdarmawisata, sabun, dirgahayu, kesinambungan, 

toksid, abstrak, tekal, lestari, matra, citra, matahari, bulan,bintang,  

dewa, raja, menteri, sultan, sabut, indah, cantik, menawan, buku,  

almari, berkelah, menghadap, bertanya, pintu, belakang, hadapan, 

pagar, rumah, batu, anjung, bumbung, tangga, kereta api, alat tulis…
 
 
 
 
 

31  
Berikut ialah contoh dua satuan bebas :
 

jatuh hati, masuk hantu, rampas kuasa, tumbuk rusuk, luar musim,

racun serangga, luar negara, rumah sakit, rumah putih  
Berikut ialah contoh kata yang bukan satuan bebas, tetapi bersifat satuan

  bebas. Oleh itu, dianggap satuan bebas :  

dari, daripada, sangat, amat, paling, nian, begitu, kepada, kerana 

oleh, sebagainya, juga, sungguhpun, sekalipun, namun, pada, paling,

walau, bagaimana, dapat, boleh, ialah, adalah, maka, al-kisah, memang,

biar, jika, jikalau  
 
 
 
 
 

32  

BENTUK KATA 
Dari segi bentuknya, kata dapat dibahagikan kepada empat iaitu:
 
kata dasar
kata berimbuhan
kata berulang
kata majmuk
 
 
Kata dasar ialah kata akar yang menjadi dasar kepada sesuatu kata. Kata

  dasar mungkin berupa : 

kata,

pokok kata,

frasa,

kata + kata

kata + pokok kata,

pokok kata + pokok kata 
 
 
 
 
 

33  
Contoh bentuk kata dasar :
 

berpakaian

berkesudahan

pemerolehan

pengetua

mengetepikan

dianaktirikan 
 

pakaian

kesudahan

peroleh

ketua

ke tepi

anak tiri 

pakai

sudah

oleh

tua 

Bentuk dasar 

Bentuk akar / dasar
 
 
 
 
 

34  
Kata berimbuhan ialah kata yang mengalami perubahan bentuk akibat kehadiran imbuhan pada awal, tengah, atau akhir sama ada secara gabungan atau apitan. Contoh :
 

me + tarik > menarik

el + getar > geletar

masak + kan > masakkan

ke + asli + an > keaslian

Masak + an > masakan
 
 
 
 
 

35  

KATA DASAR 

YANG 

MENERIMA

IMBUHAN 

AKAR 

TUNGGAL 

TERBITAN 

MAJMUK 

RANGKAI KATA 

pertapaan 

daratan

pengeposan 

keberkesanan

keberuntungan 

berdaya serap

keibubapaan 

ketidaksempurnaan

ketidakmampuan
 
 
 
 
 

36  

KATA GANDA 
Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang diulang atau

  digandakan sebahagian atau seluruhnya 
Berdasarkan ini, kata ganda dapat dibahagikan kepada empat jenis, iaitu :
 
Kata ganda seluruh ( pengulangan dwilingga ). Contoh : 
 

pohon-pohon

kuda-kuda

kejadian-kejadian

kegiatan-kegiatan

fikiran-fikiran

mata-mata

rama-rama
 
 
 
 
 

37  
Kata ganda separa ( pengulangan dwipurwa ) Contoh :
 

tangga tetangga

tamu tetamu

luhur leluhur

tirah tetirah 
Kata ganda berirama. Contoh : 
 

gerak-gerik

sayur-mayur

batu-batan

lauk-pauk
 
 
 
 
 

38  
Kata ganda berimbuhan ( pengulangan dwilingga berimbuhan ).
 

  Contoh : 

bermanja-manja

tarik-menarik

tali-temali

melihat-lihat
 
 
 
 
 

39  

MORFOFONEMIK 
Kajian tentang peristiwa perubahan fonem akibat pertemuan morfem 

  dengan morfem yang menghasilkan kata, dan kata dengan kata yang 

  menghasilkan frasa. 
Morfofonemik dapat dibahagikan kepada dua, iaitu :
 
  morfofonemik kata
  morfofonemik frasa 
 
Morfofonemik kata ialah perubahan fonem akibat pertemuan morfem

  yang mewujudkan kata. Contoh : 

me + tari = menari

me + tulis = menulis

me + sayang = menyayang

me + suci = menyuci
 
 
 
 
 

40  
Morfofonemik frasa ialah perubahan fonem akibat satu kata yang diikuti kata lain yang mewujudkan frasa. 
 
Contoh :
 

putito = telur

mohutodu = busuk

putitaa mohutodu = telur busuk

Tidak ada komentar: